Amalan Hijau



Apa itu Amalan Hijau (GO GREEN)?

Amalan Hijua (Go-Green) adalah suatu gerakan yang bertujuan memelihara dan mencipta suasana persekitaran hidup yang lebih baik bagi semua makhluk.(manusia, flora, fauna dan seluruh ciptaan Allah lainnya seperti air, tanah, udara dan sebagainya).

Jika gerakan ini popular di masyarakat dan dunia tentu saja kita berharap bahawa bumi akan menjadi tempat tinggal yang sesuai untuk semua makhluk di masa kini dan masa depan.

Umumnya ini ialah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk melaksanakan Amalan Hijau (GO GREEN) :-
  1. Tidak membuang sampah merata-rata.
  2. Gunakan air bersih jika diperlukan
  3. Gunakan detergen mesra alam.
  4. Tanam sekurang-kurangnya satu pokok untuk setiap orang.
  5. Gunakan kertas secara maksima dengan cara memanfaatkan kedua-dua belah mukasurat tersebut.
  6. Jimatkan penggunaan elektrik sebaik mungkin.
  7. Penggunaan pengangkutan awam seperti bas sangat digalakkan.
  8. Jangan merokok, selain baik untuk kesihatan ia juga bagus untuk mengurangkan pembebasan gas rumah kaca di udara.
  9. Menyusun sampah,kitar semula jika bahan itu sesuai dikitar semula.
  10. Jimat air dan sabun semasa mencuci tangan.
  11. Kempen berjalan dan naik basikal.
  12. Membaca berita online untuk menjimatkan kertas.

*********************************************************************************

  1. Sudut Kitar Semula/'Go Green'
  2. Menggunakan kertas pada kedua-dua belah muka surat depan dan belakang.
  3. Menggunakan air terawat secara minima dan mengikut keperluan sahaja.
  4. Penjimatan tenaga elektrik. Lampu akan dipadamkan sewaktu rehat tengahari jam 1 petang hingga 2 petang.
  5. Menetapkan suhu pendingin udara tidak kurang 24 darjah celcius dan padam apabila tidak digunakan.
  6. Sudut Kesedaran Amalan Hijau.
  7. Menggunakan kain yang terpakai untuk mengelap berbanding menggunakan tisu basah.
  8. Program Kitar Semula e-Waste dari isi rumah.


Contoh:- Amalan Hijau Zon Pulau Dayang







No comments:

Post a Comment